Jan 30, 2011

HIV Test

Pamhplet HIV..sgt berguna ok!


ni borang utk hiv test

Prosedur Perkahwinan

2. Persediaan Dokumen

Sediakan satu folder untuk anda menyimpan dokumen peribadi anda. Sebaiknya sediakan

dokumen dibawah:

· Salinan Kad Pengenalan (min 10)

· Salinan Surat Beranak (min 3)

· Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)

· Salinan Kad Pengenalan wali(min 5)

· Gambar bersongkot/bertudung saiz pasport (min 5)

· Salinan Sijil Kursus pra perkahwinan (min 5)

· Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/ nikah bawah umur

· dan lain-lain.

· Kebenaran kedutaan jika warga asing.

· Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera.

· Surat Pengakuan bujang dari majikan (lelaki sahaja)

· Surat cerai, jika pernah berkahwin.

6. Ujian HIV

· Semua Jabatan Agama Negeri telah mewajibkan bakal pengantin untuk menjalani Ujian Kesihatan HIV. Ujian mestilah dilakukan di Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan Kerajaan.

· Ujian di hospital dan klinik swasta TIDAK diterima. Borang ujian boleh didapati di Pejabat Agama Negeri.

· Keputusan ujian adalah SULIT. Sampul surat ujian hanya boleh dibuka oleh Jabatan Agama Negeri sahaja.

· Bagi individu yang keputusanya HIV POSITIF, nasihat dan kaunseling akan diberikan.

7. Permohonan Kebenaran Berkahwin.

Kategori 1: Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan bernikah berkahwin di Negeri yang sama. (Contoh: Lelaki dan perempuan dari Kuala Lumpur dan akan bernikah di Kuala Lumpur)

1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda.

2. Satu borang untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.

3. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.

4. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)

5. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).

6. Pihak perempuan akan mengisi borang.

7. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.

8. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.

9. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.

10. Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah yang ada.

11. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.

8. Pendaftaran Perkahwinan

· Selepas tamat majlis pernikahan anda, anda perlu mendaftarkan perkahwinan anda di Pejabat Agama Negeri dimana dilangsungkan. Perkahwinan perlu didaftarkan dalam masa 7 hari.

· Bagi perkahwinan yang dilangsungkan diluar negara/negeri, hendaklah didaftarkan sebaik sahaja pulang ke tanah air. Dalam tempoh 6 bulan selepas berkahwin.

· Bayaran pendaftaran perkahwinan berbeza mengikut negeri.

· Sijil perkahwinan dan kad akuan nikah akan diberikan. Simpan sijil nikah anda di tempat selamat dan bawa kad akuan nikah anda ke mana sahaja anda berada bersama pasangan anda.

10. Senarai nama dan alamat Ketua Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia

Kelantan

Tn Hj. Aba Aziz bin Abd Rahman

Pengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim Lundang

Jalan Sultan Yahya Petra

15150 Kota Bharu

Kelantan Darul Naim.

Tel : 09- 7443633

Faks : 09- 7446685

11. Senarai Semak

1. Salinan Kad Pengenalan (min 10)

2. Salinan Surat Beranak (min 3)

3. Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)

4. Salinan Kad Pengenalan wali(min 10)

5. Gambar bersongkot/bertudung saiz pasport (min 5)

6. Salinan Sijil Kursus Pra perkahwinan (min 3)

7. Surat Pengakuan bujang dari majikan (lelaki sahaja)

8. Surat Pemastautin jika alamat kad pengenalan berbeza dengan alamat sekarang

9. Keputusan ujian pemeriksaan kesihatan HIV

10. Surat kebenaran daripada pihak lelaki bagi pernikahan di kariah perempuan

11. Borang Permohonan Berkahwin yang lengkap

12. Borang Nikah yang lengkap

source : http://www.alshahir.com.my/wp-content/uploads/2011/01/Prosedur-Perkahwinan-Islam-di-Malaysia.pdf

Jan 5, 2011

http://pengantinmelayu.com/

PengantinMelayu.Com
Gedung Borong keperluan & kelengkapan bagi butik andaman serta bakal pengantin.
Kunjungi / hubungi gedung kami di Ampang WaterFront atau layari laman web
kami untuk mendapatkan maklumat dan pelbagai produk pengantin
dengan harga yang istimewa yang tiada tandingan.
Kunjungi / Hubungi kami di :
25-1, Jalan AWF 3, Ampang WaterFront,
68000 Ampang, Selangor.
Tel/Fak : 03-4292 8182 |
H/p : 013-270 4100 |
E-mel : pengantinmelayu@gmail.com